Sunday, November 17, 2013

Ku tidak dapat melupakan si "dia" malam ni tapi terpaksa juga mengakhirinya!

HAihzzzz

Malam yang muram. Tidak ku sangka yang blog ini terpaksa dijadikan tempat meluangkan isi hatiku lagi. Kadang kala, teringin sangat ku bertanya kepada Tuhan, "Mengapalah harus ku mengharungi dugaan hidup sebegini seorang diri? Adakah ini dipanggil hukum alam? Sepanjang masa ni yang ku masih ingati, tidaklah benda2 yang zalim yang pernah ku lakukan pun.....Tapi mengapa? ", hahahah....Terpaksalah ku bangkit dari mimpi ku ni yang Tuhan akan menjawab soalan ku yang begitu taksub sekali.

Masa ni 3.58am di Kuala Lumpur, ku merenung langit yang gelap gelita tanpa sebiji bintang, ku teringat masa2 yang begitu manis sekali ketika kita bersama, tapi kini tidaklah ku tahu posisi si "dia" ataupun apa yang si "dia" tengah lakukan. Walaupun, pada masa akan datang tidaklah peristiwa manis seperti dulu yang boleh terjadi tapi ku ikhlas semoga "dia" sentiasa gembira dan sihat selalu. Memang peluang sudah diberikan, ku begitu gembira masa "dia" memberi sedikit klu yang kita ni mungkin berpacaran tapi mengapa bila diketahui orang luar, ia hanya la satu harapan buta yang "dia" berikan? Mungkin ku tidak mencapai piawai si "dia", tak "hensem" mana pun, wang sehelai sepinggang, pendidikan "moderate", ataupun memang "option" dia tu memang banyak sampai la ku ni tidak kelihatan?

ku betul2 sesat dan tidak mengetahui apa yang boleh dilakukan..... ku percaya setiap kata yang terkeluar dari mulut "dia" tidak kira ketulenannya tu begitu kabur dan kadang kala memang taksub sekali....Tapi kerana cinta, semua ni tidak menjadi alasan untuk terus berjuang.... Betul ke "dia" begitu tidak peduli? benda2 yang "dia" lakukan tu tidak ku ketahui ke? Atau "dia" memang anggap ku ni budak2 yang tidak tahu apa2.....SALAH!! SALAH teramat sekali, ku maha mengetahui segalanya tapi ada ka ku mengambil tindakan? ada ka ku menyalahkan si "dia"? ku hanya memberi sedikit tekanan sekarang untuk mendapatkan jawapan yang muktamad dari si "dia"...bukan nak berpacaran betul2 pun tapi hanya nak tahu ada ka ku ni 'significant' dan bukan sekadar badut yang diambil remeh. Bila ku memberitahui bantahan keluarga ku, apa yang terkeluar hanya la "I tak nak u gaduh dengan keluarga u kerana i, kalo begini i rela kita tak jumpa!', realitinya, logiknya memang "dia" berniat baik tapi ku sakit benar time tu....tidak ka "dia" berasa sedih? begitu senang ke kalo memang ada perasan boleh tidak berjumpa begitu sahaja?

Betul pilu .....sakit hati...... perut berpulas pulas tapi apa  maksud semua ni...... "dia" tidak memberi sedikit peluang untuk ku memikir semula tindakan "dia" selama ni memang mempunyai isi tersirat..... jawapan yang diberi harus ditafsir sendiri, bila ditafsir ku tentula yang positif tapi bila 'feedback' orang luar, ku ni memang "jangan mimpi lah". Ku lakukan segalanya tanpa niat sebenarnya dan ku memang gembira tidak terkata time2 kita bersama tapi malangnya semua ni tidak berlanjutan....berapa lama kita boleh berada dalam keadaan begini.....ku tidak mempunya hak untuk bertanya kehidupan "dia" kerana ku hanya la seorang kawan.... Adil ka semua ni dialami ku seorang diri? Sakit hati ku melihat "dia" keluar dengan makhluk2 yang berniat jahat sekitarnya....Mungkin "dia" tidak rasa ia adalah satu masalah tapi sebagai seorang yang betul2 risau, ku memang makan tak lalu, tidur tak lena, kerja pun tak "complete"...teruskan begini hancur hidup ku... tak salahkan "dia" pun sebab yang rela, yang sudi, semuanya keinginan ku sendiri.

Akhir sekali, ku secara ikhlas ingin meluahkan bahawa ku tidak menyalahkan dia langsung dan sebaliknya ingin memohon maaf dengan ikhlas sekali jikalau "dia" melawat blog ku ni

MAAFKAN SAYA KALAU SAYA BETUL-BETUL MENGECEWAKAN ANDA. SAYA MEMANG IKHLAS MEMIKAT ANDA PADA TAHUN NI SEBAIK SAHAJA MENGETAHUI ANDA SINGLE TAPI PADA 2 3 HARI NI, ANDA SECARA TIDAK LANGSUNG SUDAH MEMBERI TERLALU BANYAK HARAPAN DAN JUGA MEMBERITAHUI SAYA POSISI SAYA DALAM HIDUP ANDA. KALAU BOLEH SAYA NAK JUGA BERADA DI SISI ANDA TAPI BUAT MASA KINI BIARLAH SAYA TIDAK BERASA BEGITU TERTEKAN. SAYA KUAT CEMBURU TIDAK BOLEH DINAFIKAN LAGI TAPI SAYA MEMANG RISAUKAN ANDA. TOLONG HIDUP DENGAN GEMBIRA SEKALI DAN JANGANLAH MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI. BOLEH JUGA MENCARI SAYA KERANA MEMANG SEDIA MEMBANTU. MAAFKAN SAYA.

Ikhlas dan pilu. Semoga anda sihat dan menemui tunang yang diimpikan.